Thursday, January 13, 2011

!!??IkHtILaTh&HuKuM!!??

 salam ukhwah..
jumpe lagi.. 
kali nie, tak nak cite kenangan ke, papa ke..
aku nak cite ilmu yg aku dpt@baca ari nie..
jom sma2 kita hayati ilmu nie..

PENGERTIAN

Ikhtilath ialah berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan muhrimnya.
Ikhtilath ialah berdua-duaan seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya dalam sesuatu tempat yang kemungkinan yang akan terjadinya hubungan diantara kedua-duanya, sama ada dengan pandangan, isyarat atau perkataan.

HUKUM IKHTILATH

Ikhtilath dengan jelas hukumnya haram. Ini kerana ikhtilath termasuk perbuatan yang paling merbahaya. 

ALLAH S.W.T memperingatkan umat islam supaya menjauhi ikhtilath, ini kerana pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuk penyebab besar yang akan mendorong ke jurang kekejian dan lebih bahaya dari itu.

Berkhalwat dengan perempuan yang bukan muhrimnya merupakan pintu masuknya syaitan. 

Seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Tidak bersepi-sepi seorang lelaki dan perempuan kecuali syaitan ikut menjadi pihak ketiga."
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan Haikal)

Dalil diatas menunjukkan haramnya khalwat (bersepi-sepi) dengan perempuan bukan muhrimnya.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka yang sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka."
(al-Ahzab [33]: 53)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Takutlah kamu akan masuk ke tempat orang wanita. Seorang sahabat Ansar bertanya; "Bagaimanakah tentang Hamu?" Rasulullah S.A.W menjawab; "Hamu, Muwat."

Yang dimaksudkan dengan Hamu keluarga dekat suami, seperti saudaranya, pamannya dan anak bapa saudaranya. Kekhuatiran akan timbulnya penyelewengan pada mereka adalah lebih besar daripada orang lain. Kecurangan boleh timbul dari mereka, demikian juga fitnah besar yang kemungkinan terjadi daripada hubungan yang lain. Sedangkan tertatap muka dengan mereka tidak termasuk perbuatan mungkar, berbeza dangan lelaki lainnya.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang bemaksud:

"Tidak boleh berkhalwat (bersepi-sepi) salah seorang diantara kamu dengan perempuan, kecuali bersama muhrimnya."
                                                                                                                                      (Muttafaq Alaih)


alhamdulillah..
dah abih takat tuu jaa ilmu yg aku dpt mlm nie..
nnti kalu da lagi aku letak lagi ekk..
semua nie aku baca dari sebuah buku yang bertajuk "HUKUM AURAT DAN HIJAB"
ni muka depan dya..

terdapat dipasaran sekarang..
kalu rasa mcm bekenan, g cari sendiri ekk..
kalu tnya aku, mmg aku tak tau da juai kat na.. 
tp ofcos la da juai kat kdai buku..
hahahahhaha
LAYANN.. HIHIHIHI



No comments:

Post a Comment